Wednesday, May 9, 2012

ECOVOLUNTEER


Pendaftaran sebagai ahli ECOVOLUNTEER UKM  





Klik link berikut untuk lihat aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini



Klik link di bawah untuk pendaftaran
e-form pendaftaran ECOVOLUNTEER UKM


JOM RAMAI-RAMAI DAFTAR!!!


KARNIVAL KAMPUS LESTARI 2012



Karnival Kampus Lestari 2012 merupakan karnival tahunan kali ketiga yang dianjurkan oleh LESTARI UKM, Kampus Lestari UKM, Kumpulan Penyelidikan Ekosistem UKM, Kampus Sisa Sifar UKM dan PMUKM. Karnival yang akan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai alam sekitar ini akan berlangsung di Dataran Panggung Seni, UKM pada 12 Mei 2012. Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan pantun, pertandingan melukis mural antara kolej kediaman UKM dan banyak aktiviti lain lagi menanti anda!!!


Buat sesiapa yang suka berlari, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar Larian Hijau Varsiti, hanya bawa barangan kitar semula (kertas, botol minuman plastik, tin dll) sebagai pendaftaran. Hadiah menarik menanti anda. 


 

jom ramai-ramai memeriahkan karnival ini :)


Monday, May 7, 2012

Pakaian Lama? Nak buat ape? (update)



Adakah anda mempunyai banyak pakaian lama dan tatahu nak buang kat mana? Usah risau, PKS BBB@UKM menerima pakaian lama anda. Kami sedia menerima semua jenis pakaian lama.

Hantarkan pakaian lama anda di PKS BBB@UKM yang beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

InsyaAllah kami akan dermakan pakaian tersebut ke pusat-pusat kebejikan terpilih. 





Harga jualan barangan kitar semula


Berikut merupakan harga jualan barangan kitar semula yang ditawarkan di PKS UKM

SURAT KHABAR 
0.15/kg

KERTAS PUTIH 
0.35/kg

MAJALAH 
0.20/kg

KERTAS CAMPUR 
0.10/kg

KOTAK 
0.25/kg

KOTAK MINUMAN/TETRAPAK 
0.15/kg

TIN/BESI 
0.25/kg

ALUMINIUM 
2.00/kg

BOTOL PLASTIK 
0.30/kg

KOMPUTER MONITOR
5.00/unit

CPU KOMPUTER
RM 6.00/unit

TELEVISION
RM7.00/unit

*harga bahan tertakluk kepada perubahan
**sumber gambar : google image 

Pusat kitar semula bertenaga suria sepenuhnya yang pertama di Malaysia

Bangunan PKS berteknologi hijau. klik link dibawah untuk maklumat lanjut.

Pusat Kitar Semula Bandar Baru Bangi

 
Bandar Baru Bangi Recycle Centre @ UKM




Pusat Kitar Semula UKM merupakan pusat pembelian bagi bahan kitar semula yang terletak di Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor iaitu berhadapan dengan jalan utama (Jalan Bangi). Bangunan yang terletak di belakang Dewan Censelor Tun Abdul Razak (DECTAR), pusat kitar semula ini lebih dikenali sebagai PKS beroperasi setiap Isnin hingga Rabu dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Pembukaan PKS UKM bukan saja untuk warga UKM malah warga sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya. 

  
Jom ramai - ramai  selamatkan bumi kita!!!