Wednesday, May 9, 2012

KARNIVAL KAMPUS LESTARI 2012



Karnival Kampus Lestari 2012 merupakan karnival tahunan kali ketiga yang dianjurkan oleh LESTARI UKM, Kampus Lestari UKM, Kumpulan Penyelidikan Ekosistem UKM, Kampus Sisa Sifar UKM dan PMUKM. Karnival yang akan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai alam sekitar ini akan berlangsung di Dataran Panggung Seni, UKM pada 12 Mei 2012. Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan pantun, pertandingan melukis mural antara kolej kediaman UKM dan banyak aktiviti lain lagi menanti anda!!!


Buat sesiapa yang suka berlari, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar Larian Hijau Varsiti, hanya bawa barangan kitar semula (kertas, botol minuman plastik, tin dll) sebagai pendaftaran. Hadiah menarik menanti anda. 


 

jom ramai-ramai memeriahkan karnival ini :)


No comments:

Post a Comment