Thursday, May 9, 2013

SOAL SELIDIK KITAR SEMULA DI SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Untuk pengetahuan semua, kami merupakan salah satu kumpulan daripada beberapa kumpulan dari kursus Pembangunan Diri II, Be Smart telah memilih Pusat Kitar Semula UKM untuk bekerjasama dalam projek kami. Kami merupakan pelajar Tahun 1 UKM. Projek yang dijalankan adalah mengenai tahap kesedaran penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi terhadap alam sekitar.

Pada 19 Mac 2013, ahli kumpulan Be Smart telah keluar ke Seksyen 3, Bandar Baru Bangi untuk menjalankan soal selidik sepertimana yang telah dirancang. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibahagikan mengikut lorong-lorong yang terdapat di Seksyen 3 tersebut untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan soal selidik tersebut. Untuk pengetahauan semua, soal selidik yang dijalankan adalah berbentuk soal selidik secara online.

Sepanjang kami melakukan soal selidik tersebut, kami dapati tidak ramai yang memberikan kerjasama kepada kami kerana pada masa itu, ramai penduduk yang masih bekerja dan ramai yang tidak berada di rumah pada waktu itu. Kami dapati masalah ini berpunca daripada diri kami sendiri kerana memilih waktu yang tidak sesuai. Walaubagaimanapun, kami mengambil inisiatif sendiri dengan menyiarkan soal selidik tersebut di laman-laman sosial agar orang ramai dapat mengisi soal selidik itu sekaligus kami dapat mencapai target kami. Berdasarkan soal selidik tersebut, kami mendapati kebanyakan penduduk di Seksyen 3 tersebut sedar tentang kepentingan alam sekitar dan mengamalkan amalan kitar semula di rumah masing-masing. Walaupun begitu, masih ada segelintir penduduk yang tidak sedar dan tidak mengamalkan amalan kitar semula di rumah. Antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah Pusat Kitar Semula yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka agak jauh sekaligus menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti kitar semula ini.

Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh beberapa orang penduduk yang sudi meluangkan masa untuk kami sewaktu soal selidik dijalankan. Kami berharap soal selidik seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan agar kesedaran penduduk terhadap alam sekitar dapat ditingkatkan lagi. Di bawah kami lampirkan gambar-gambar yang diambil sewaktu soal selidik tersebut dijalankan.











Di sini juga kami lampirkan bersama keputusan keseluruhan soal selidik yang telah kami lakukan.











Di sini kami ingin menyeru agar semua dapat mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan masing-masing agar kita dapat hidup dalam persekitaran yang bersih, harmoni dan gembira.

pemuliharaan alam sekitar : bertindak sebelum terlambat 



No comments:

Post a Comment