Monday, March 25, 2013

Bersama Pelajar Permata Pintar

Pusat Kitar Semula UKM berlokasi di dataran panggung seni bukan saja memainkan peranan sebagai  pusat jual beli barangan kitar semula, malahan ianya menjadi tempat pelajar berkumpul, bertemu dan mengembangkan idea mereka dengan lebih kreatif serta inovatif. Siapa sangka pengurusan sisa pepejal dapat  menyumbang kepada pendidikan di UKM.

Baru-baru ini, tiga orang pelajar daripada sekolah permata pintar telah datang untuk menjadikan aktiviti pusat kitar semula sebagai pencetus projek mereka. Pelajar-pelajar ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan lima akan mereka tong kitar semula yang bersesuaian untuk penggunaan rumah dan pejabat. Selain itu, mereka juga akan menciptatempat penyimpanan bahan di pusat kitar semula. Ketiga-tiga pelajar ini mempunyai cita-cita sebagai arkitek dan langkah yang akan diambil adalah dengan mereka cipta sesuatu yang dapat digunakan oleh masyarakat khususnya dalam mengekalkan kelestarian alam.

Perbincangan pertama telah dilakukan diantara pihak pengurusan pusat kitar semula pada 25 mac 2013 dan projek ini akan berterusan sepanjang tahun 2013. 




Jangan disangka bangunan kecil ini tidak bermakna, pelbagai idea, inovasi dan inspirasi telah tercetus di sini. Pusat kitar semula telah mendapat pelbagai sokongan daripada pensyarah dan pelajar daripada pelbagai bidang pendidikan. 

Terima kasih diatas sokongan anda sebagai pelanggan pusat kitar semula dan teruskan kitar semula bagi menjamin kehidupan yang lestari 

Friday, March 22, 2013

Selangkah Demi Selangkah

Kenapa perlu kitar semula? 
Penting sangat ke kitar semula? 
Kalau saya seorang saja yang kitar semula, kecil sangat impaknya
Kalau kitar semula pun, saya bukan dapat apa-apa. 

Pelbagai andaian, pelbagai alasan yang kitar keluarkan kerana kurangnya ilmu dan kerana kita hidup terlalu selesa. 

Tetapi tahukah anda sekiranya kita tidak menguruskan sisa dengan betul, pelbagai masalah yang akan timbul. Kesan bukan hanya kepada kita, malahan kepada alam sekitar keseluruhannya. Sekarang kita hidup senang, buang sampah ikut suka, ikut hati...Sisa yang tidak diuruskan dengan betul boleh bertahan, tidak lupus hingga berjuta-juta tahun dan kesannya kepada anak-anak kita. Masa hadapan kita. Kita perlu sedar, penjagaan alam sekitar merupakan tanggungjawab setiap manusia di muka bumi ini. 

Lihatah tanyangan ini, semoga ianya dapat membuka mata anda semua untuk bertindak dan berhenti beri alasan sahaja. 

Jadilah seperti burung kelicap, walaupun seorang sahaja yang membuat perubahan tapi kesanya pasti akan dirasai. 


Mulakan perubahan, walaupun selangkah demi selangkah. Seperti pepetah melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Tuesday, March 19, 2013

Lawatan oleh pelajar UPM

Pada 19 March 2013, 5 orang pelajar kursus sains teknologi alam sekitar UPM telah datang melawat ke pusat kitar semula UKM. Tujuan mereka adalah untuk mengenal pasti teknologi dan pengurusan yang dijalankan di sini. 
Mereka menyatakan pusat ini merupakan satu-satunya pusat kitar semula yang menggunakan teknologi seperti solar dan bangunan hijau.  


TERIMA KASIH kerana sudi mengambil PKSUKM sebagai kajian anda :)

Tuesday, March 12, 2013

HARGA TERBARU BAHAN KITAR SEMULA

Assalammualaikum dan salam sejahtera, berikut merupakan bahan-bahan kitar semula yang diterima di PKSUKM beserta harga:

Kertas hitam putih: RM0.28


Kertas campur berwarna: RM0.20
Jenis kertas ini termasuk majalah, risalah, buku dan kertas campur.



Suratkhabar: RM0.20


Kotak: RM0.20
Ini termasuk dengan kotak minuman atau tetrapak



Tin Makanan/Scraps: RM0.30



Tin Aluminum/Tin Minuman: RM2.00



Botol Plastik: RM0.45

Beg Plastik: RM0.10


Monitor: RM5.00

CPU: RM7.00



Printer Cartridge: RM5.00
CDs: RM1.00


Monday, March 11, 2013

Waktu Operasi PKSUKM

Assalammualaikum dan salam sejahtera, 

Waktu pembukaan PKSUKM untuk tahun 2013 adalah seperti berikut:

Waktu: 9.00pagi hingga 1.00tenghari
Hari: Setiap hari Rabu
Lokasi: Dataran Panggung Seni, UKM

Kami juga menyediakan perkhidmatan kutipan kertas di pejabat dan kolej (di dalam UKM sahaja). 
Perkhidmatan kutipan adalah seperti berikut:

Waktu kutipan bermula pada jam 2.30petang
Setiap hari Rabu

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di zwcg_ukm@yahooo.com atau 0133154317. 


Sunday, March 10, 2013

Program Kesedaran 3R bersama Sekolah Rendah Islam As-sofa

Pada 11 Julai 2012, kumpulan pusat kitar semula UKM yang terdiri daripada pelajar-pelajar sarjana telah mengadakan program pendidikan 3R di Sekolah Rendah Islam As-Sofa (SRIAS) di Sungai Merab Luar, Bangi Lama. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah tentang kitar semula, kompos dan kehidupan lestari.


Pelajar-pelajar dan kakitangan SRIAS bersama pelajar-pelajar sarjana UKM

Program yang dijalankan mengambil masa tiga jam, bermula pada jam 2 hingga 5 petang. Aktiviti bagi program ini merangkumi pengenalan terhadap kitar semula, kompos dan kehidupan lestari yang diberikan oleh pelajar sarjana kumpulan sisa sifar UKM. Kemudian beberapa permainan dijalankan yang menggunakan kefahaman pelajar. Antara permainan yang diadakan adalah kotak hijau, dam lestari dan pilih bahan. Bahan-bahan permainan yang dijalankan direka dan dibina sendiri oleh pelajar pascasiswazah menggunakan bahan-bahan kitar semula.


Pengenalan didedahkan kepada para pelajar 

Perincian aktiviti bagi program ini meliputi taklimat yang dibentangkan oleh Nur Ajlaa Mahmood mengenai 3R dan Najah Sofia Md Zaini yang menyentuh tentang kompos. Taklimat 3R lebih menekankan kepada pengurangan bahan, guna semula dan kitar semula. Kepentingan dan kesan daripada aktiviti 3R ini juga diberitahu. Cara-cara mengitar semula difokuskan dengan menunjukkan cara pembuangan bahan kitar semula dan penggunaan tong kitar semula dengan betul. Manakala penerangan tentang kompos adalah merangkumi kepentingan kompos, bahan-bahan yang boleh dikompos dan cara untuk membuat kompos (secara lisan).


 Taklimat 3R dan kompos

Permainan pertama merupakan kotak hijau, dimana pelajar akan memasukkan tangan kedalam kotak hijau dan dengan menggunakan deria rasa dan pendengaran, mereka perlu meneka bahan di dalam kotak. Kemudian pelajar akan menuliskan bahan yang dirasai mengikut kategori pengurangan, guna semua dan kitar semula (reduce, reuse, recycle).


 Permainan pertama, kotak hijau

Permainan kedua merupakan dam mesra alam yang dimainkan mengikut kumpulan masing-masing. Pelajar akan membaling dadu dan mengerakkan buah dadu mengikut kiraan balingan dadu. Bagi memastikan pelajar dapat membuat balingan seterusnya mereka perlu menjawab soalan berdasarkan kategori pengurangan, guna semual, kitar semula (3R), kompos dan konsep kehidupan lestari. Bahan bagi permainan ini dibuat sepenuhnya daripada bahan kitar semula dengan kos yang sangat minima.


Permainan kedua, dam mesra alam. Dadu yang diperbuat daripada botol kaca lama

 Papan dam mesra alam yang diperbuat daripada kotak dan kertas terpakai

Setelah bermain didalam, pelajar akan dibawa keluar untuk permainan seterusnya iaitu warna-warna kitar semula. Objektif permainan ini adalah untuk mendidik pelajar mengenal bahan mengikut warna tong kitar semula dengan betul. Pelajar akan meletakkan cat berwarna biru, coklat atau oren dan mengutip bahan-bahan kitar semula yang telah disediakan. 


Permainan ketiga, warna-warna kitar semula 

Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk mengadakan aktiviti ini, anda boleh hubungi kami di zwcg_ukm@yahoo.com







Tuesday, March 5, 2013

Harga terkini jualan barangan kitar semula


Berikut merupakan harga terkini jualan barangan pusat kitar semula :


Waktu pembukaan ialah setiap RABU jam 9am hingga 1pm.

Jom ramai kitar semula!!!!!