Sunday, March 10, 2013

Program Kesedaran 3R bersama Sekolah Rendah Islam As-sofa

Pada 11 Julai 2012, kumpulan pusat kitar semula UKM yang terdiri daripada pelajar-pelajar sarjana telah mengadakan program pendidikan 3R di Sekolah Rendah Islam As-Sofa (SRIAS) di Sungai Merab Luar, Bangi Lama. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah tentang kitar semula, kompos dan kehidupan lestari.


Pelajar-pelajar dan kakitangan SRIAS bersama pelajar-pelajar sarjana UKM

Program yang dijalankan mengambil masa tiga jam, bermula pada jam 2 hingga 5 petang. Aktiviti bagi program ini merangkumi pengenalan terhadap kitar semula, kompos dan kehidupan lestari yang diberikan oleh pelajar sarjana kumpulan sisa sifar UKM. Kemudian beberapa permainan dijalankan yang menggunakan kefahaman pelajar. Antara permainan yang diadakan adalah kotak hijau, dam lestari dan pilih bahan. Bahan-bahan permainan yang dijalankan direka dan dibina sendiri oleh pelajar pascasiswazah menggunakan bahan-bahan kitar semula.


Pengenalan didedahkan kepada para pelajar 

Perincian aktiviti bagi program ini meliputi taklimat yang dibentangkan oleh Nur Ajlaa Mahmood mengenai 3R dan Najah Sofia Md Zaini yang menyentuh tentang kompos. Taklimat 3R lebih menekankan kepada pengurangan bahan, guna semula dan kitar semula. Kepentingan dan kesan daripada aktiviti 3R ini juga diberitahu. Cara-cara mengitar semula difokuskan dengan menunjukkan cara pembuangan bahan kitar semula dan penggunaan tong kitar semula dengan betul. Manakala penerangan tentang kompos adalah merangkumi kepentingan kompos, bahan-bahan yang boleh dikompos dan cara untuk membuat kompos (secara lisan).


 Taklimat 3R dan kompos

Permainan pertama merupakan kotak hijau, dimana pelajar akan memasukkan tangan kedalam kotak hijau dan dengan menggunakan deria rasa dan pendengaran, mereka perlu meneka bahan di dalam kotak. Kemudian pelajar akan menuliskan bahan yang dirasai mengikut kategori pengurangan, guna semua dan kitar semula (reduce, reuse, recycle).


 Permainan pertama, kotak hijau

Permainan kedua merupakan dam mesra alam yang dimainkan mengikut kumpulan masing-masing. Pelajar akan membaling dadu dan mengerakkan buah dadu mengikut kiraan balingan dadu. Bagi memastikan pelajar dapat membuat balingan seterusnya mereka perlu menjawab soalan berdasarkan kategori pengurangan, guna semual, kitar semula (3R), kompos dan konsep kehidupan lestari. Bahan bagi permainan ini dibuat sepenuhnya daripada bahan kitar semula dengan kos yang sangat minima.


Permainan kedua, dam mesra alam. Dadu yang diperbuat daripada botol kaca lama

 Papan dam mesra alam yang diperbuat daripada kotak dan kertas terpakai

Setelah bermain didalam, pelajar akan dibawa keluar untuk permainan seterusnya iaitu warna-warna kitar semula. Objektif permainan ini adalah untuk mendidik pelajar mengenal bahan mengikut warna tong kitar semula dengan betul. Pelajar akan meletakkan cat berwarna biru, coklat atau oren dan mengutip bahan-bahan kitar semula yang telah disediakan. 


Permainan ketiga, warna-warna kitar semula 

Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk mengadakan aktiviti ini, anda boleh hubungi kami di zwcg_ukm@yahoo.com







2 comments: