Monday, March 25, 2013

Bersama Pelajar Permata Pintar

Pusat Kitar Semula UKM berlokasi di dataran panggung seni bukan saja memainkan peranan sebagai  pusat jual beli barangan kitar semula, malahan ianya menjadi tempat pelajar berkumpul, bertemu dan mengembangkan idea mereka dengan lebih kreatif serta inovatif. Siapa sangka pengurusan sisa pepejal dapat  menyumbang kepada pendidikan di UKM.

Baru-baru ini, tiga orang pelajar daripada sekolah permata pintar telah datang untuk menjadikan aktiviti pusat kitar semula sebagai pencetus projek mereka. Pelajar-pelajar ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan lima akan mereka tong kitar semula yang bersesuaian untuk penggunaan rumah dan pejabat. Selain itu, mereka juga akan menciptatempat penyimpanan bahan di pusat kitar semula. Ketiga-tiga pelajar ini mempunyai cita-cita sebagai arkitek dan langkah yang akan diambil adalah dengan mereka cipta sesuatu yang dapat digunakan oleh masyarakat khususnya dalam mengekalkan kelestarian alam.

Perbincangan pertama telah dilakukan diantara pihak pengurusan pusat kitar semula pada 25 mac 2013 dan projek ini akan berterusan sepanjang tahun 2013. 




Jangan disangka bangunan kecil ini tidak bermakna, pelbagai idea, inovasi dan inspirasi telah tercetus di sini. Pusat kitar semula telah mendapat pelbagai sokongan daripada pensyarah dan pelajar daripada pelbagai bidang pendidikan. 

Terima kasih diatas sokongan anda sebagai pelanggan pusat kitar semula dan teruskan kitar semula bagi menjamin kehidupan yang lestari 

No comments:

Post a Comment