Sunday, May 19, 2013

AKTIVITI MENGITAR SEMULA BERSAMA PENDUDUK SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada 1 April 2013, semua ahli kumpulan Be Smart bersama-sama dengan ahli Pusat Kitar Semula telah melakukan aktiviti mengitar semula bersama-sama dengan penduduk Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Kami juga telah menempah lori dari salah satu syarikat kitar semula yang berhampiran dengan Bandar Baru Bangi bagi menempatkan barang-barang yang telah dikumpul daripada rumah-rumah di Seksyen 3. Kami terpaksa menempah lori daripada luar kerana jadual untuk lori UKM telah penuh. Tambahan pula, barang yang telah dikumpul telah dijual kepada pihak pusat kitar semula tersebut.

Berdasarkan pemerhatian kami, beberapa orang penduduk di Seksyen 3 tersebut telah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka untuk mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka walaupun sibuk dengan kerja. Pada hari tersebut, kami telah ke rumah-rumah yang telah disinggah oleh kami pada tempoh hari ketika membuat soal selidik online bagi mengumpul barang-barang yang telah dikumpul oleh mereka sepanjang tempoh yang telah diberi oleh kami.

Walaubagaimanapun, kami tidak dapat mengumpul barang-barang tersebut daripada kesemua rumah yang telah disinggah oleh kami pada tempoh hari ketika membuat soal selidik secara online kerana kebanyakan penduduk masih bekerja pada waktu itu. Disebabkan itu, tidak banyak barang-barang yang dapat dikumpul oleh kami. Tambahan pula, ada segelintir daripada mereka menyimpan barang-barang tersebut untuk dijual kepada lori yang akan mengambil barang-barang tersebut pada hari minggu.

Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif lain dengan cuba untuk mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula di rumah-rumah lain walaupun kami tidak melakukan soal selidik di rumah tersebut. Pada akhirnya, kami dapat menyelesaikan aktiviti mengitar semula dengan penduduk Seksyen 3 dengan jayanya walaupun kuantiti yang dapat dikumpul bukanlah dalam kuantiti yang besar. Di bawah ini kami sertakan gambar-gambar semasa aktiviti ini dijalankan.



























Apa yang kami dapat simpulkan daripada aktiviti ini, ramai penduduk telah sedar akan kepentingan mengitar semula. Nilai murni ini telah diterapkan dalam diri masing-masing dan telah dibuktikan melalui aktiviti sebegini. Kami bersetuju bahawa penduduk Seksyen 3, Bandar Baru Bangi telah mula mengamalkan amalan kitar semula dalam diri masing-masing dan menuju ke arah kehidupan yang bersih, harmoni dan gembira.

pemuliharaan alam sekitar : bertindak sebelum terlambat 

4 comments:

  1. salam nak tanye waktu operasi PKSUKM..kat buku bank sy tgk selasa..tp kat blog rabu..minta pencerahan tq ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslam...kami beroperasi pada hari rabu 9-1pm... yg dlm buku bank tu masa operasi lama... yg terkini tgk kt blog ni...

      Delete
  2. Hi, can I get PKSUKM's number? I have many bottles and other things to sell, but can't make it during your operation hour. Can we discuss and find another day and time? My email: yeemunchan503@gmail.com. I'm looking for your reply. Thanks! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.
      u can contact 0133154317.
      have a nice day :)

      Delete