Wednesday, November 13, 2013

Harga terkini bahan kitar semula Pusat Kitar Semula UKM




Tuesday, November 12, 2013

Disini kami serakan waktu urusniaga yang baru, sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor atau email yang tertera.

Wednesday, June 26, 2013

Setia Eco Glades

Lawatan oleh Setia Eco Glades ke PKSUKM pada 19 Jun 2013

 Pengenalan tentang PKSUKM  telah diberikan oleh sukarelawan

Sukarelawan menunjukkan tempat penyimpanan bahan kitar semula

Sukarelawan juga telah menunjukkan kawasan pengkomposan UKM (masih lagi dalam peringkat kajian)


Terima kasih kerana sudi datang ke PKSUKM! :)

TSUNAMI BAJU!



Tsunami Baju in Putrajaya!

This Saturday, 29 June 2013

You can bring not only clothes, but food, books and toys. 
Help them reach the target of collecting 2 tonnes of baju!

Please contact 0168882984 or visit their fb: CharityRight, twitter: MMCharityRight or their web: CharityRight for more info!

Tuesday, June 25, 2013

Majlis Buka Puasa, Kutipan & Agihan Dana

Assalammualaikum,
Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini Bangi Elementary School of Tahfiz (BEST) akan mengadakan majlis berbuka puasa, kutipan & agihan dana yang bertempat di Residence Hotel pada 13 Julai 2013/4 Ramadhan 1434H.

MAJLIS BUKA PUASA:
Bayaran sebanyak RM100 utk satu tempat duduk dan RM1000 untuk satu meja

KUTIPAN & AGIHAN DANA:
Disamping majlis buka puasa, kami bebesar hati untuk menerima sumbangan daripada anda. Sumbangan akan diagihkan kepada:
-Anak Yatim
-Mualaf
-Ibu Tunggal
-Warga Emas
-Sekolah Tahfiz
-Masjid/Surau
Sumbangan boleh disalurkan kepada:
Bangi Elementary School of Tahfiz
BIMB: 12029010067277 atau
CIMB: 12150001513106

Agenda:
5.30petang: Bacaan AlQuran
6.00petang: Qasidah
6.30petang: Ceramah Khas oleh Dr Mohamad Farid Shahran
7.30malam: Buka/Solat
8.00malam: Qasidah
8.30malam: Isyak/Tarawih
10.00malam: Moreh
11.00malam: Bersurai

Jemputan Khas: Kumpulan Qasidah Muhibbeen, UIA Gombak

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 0389125461

Thursday, June 20, 2013

Sahabat Alam siri II

Pendidikan pengurusan alam sekitar perlulah disemai sejak kecil lagi, seperti pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka, pihak pengurusan Pusat Kitar Semula meneruskan lagi aktiviti pengurusan alam sekitar pada 14 Julai 2013, pengurusan PKSUKM telah mengadakan program Sahabat Alam Siri 2 (SALAM) di Sekolah Rendah Tahfiz Bangi (BEST). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pembuatan kompos dan cara-cara mengitar semula dengan betul.

Aktiviti kompos bermula daripada apa yang dimakan, maka program ini telah bermula pada jam 12.30tenghari, waktu makan pelajar-pelajar tersebut. Ketika mereka makan, fasilitator berbual dan menerangkan serba sedikit mengenai kompos kepada pelajar-pelajar. Setelah itu, pelajar akan meletakkan sisa makanan kedalam baldi yang telah disediakan. 

 Pelajar dibantu oleh fasilitator untuk mengasingkan sisa makanan


Sisa makanan yang diasingkan kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan pelajar

Cetusan Seni. Pelajar diberi pelekat dan cat warna untuk menghias tong kompos mengikut kreativiti masing-masing. 


 Pengenalan kompos dan demonstrasi
Pengenalan yang dikendalikan oleh Muhamad Azry Khoiry

 Pengenalan kompos yang diberikan oleh Najah Sofia Md Zaini

 Demostrasi kompos yang dikendalikan oleh fasilitator


Kemudian pelajar-pelajar dibawa keluar untuk membuat kompos!





Hasil cetusan seni pelajar-pelajar

Penutup bagi program ini adalah dengan menunjukkan cara-cara kitar semula dengan betul



Aktiviti ini akan berterusan sehingga sisa makanan bertukar menjadi baja kompos.
Untuk maklumat lanjut tentang SALAM, sila hubungi 0133154317.







Sunday, May 19, 2013

AKTIVITI MENGITAR SEMULA BERSAMA PENDUDUK SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada 1 April 2013, semua ahli kumpulan Be Smart bersama-sama dengan ahli Pusat Kitar Semula telah melakukan aktiviti mengitar semula bersama-sama dengan penduduk Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Kami juga telah menempah lori dari salah satu syarikat kitar semula yang berhampiran dengan Bandar Baru Bangi bagi menempatkan barang-barang yang telah dikumpul daripada rumah-rumah di Seksyen 3. Kami terpaksa menempah lori daripada luar kerana jadual untuk lori UKM telah penuh. Tambahan pula, barang yang telah dikumpul telah dijual kepada pihak pusat kitar semula tersebut.

Berdasarkan pemerhatian kami, beberapa orang penduduk di Seksyen 3 tersebut telah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka untuk mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka walaupun sibuk dengan kerja. Pada hari tersebut, kami telah ke rumah-rumah yang telah disinggah oleh kami pada tempoh hari ketika membuat soal selidik online bagi mengumpul barang-barang yang telah dikumpul oleh mereka sepanjang tempoh yang telah diberi oleh kami.

Walaubagaimanapun, kami tidak dapat mengumpul barang-barang tersebut daripada kesemua rumah yang telah disinggah oleh kami pada tempoh hari ketika membuat soal selidik secara online kerana kebanyakan penduduk masih bekerja pada waktu itu. Disebabkan itu, tidak banyak barang-barang yang dapat dikumpul oleh kami. Tambahan pula, ada segelintir daripada mereka menyimpan barang-barang tersebut untuk dijual kepada lori yang akan mengambil barang-barang tersebut pada hari minggu.

Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif lain dengan cuba untuk mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula di rumah-rumah lain walaupun kami tidak melakukan soal selidik di rumah tersebut. Pada akhirnya, kami dapat menyelesaikan aktiviti mengitar semula dengan penduduk Seksyen 3 dengan jayanya walaupun kuantiti yang dapat dikumpul bukanlah dalam kuantiti yang besar. Di bawah ini kami sertakan gambar-gambar semasa aktiviti ini dijalankan.



























Apa yang kami dapat simpulkan daripada aktiviti ini, ramai penduduk telah sedar akan kepentingan mengitar semula. Nilai murni ini telah diterapkan dalam diri masing-masing dan telah dibuktikan melalui aktiviti sebegini. Kami bersetuju bahawa penduduk Seksyen 3, Bandar Baru Bangi telah mula mengamalkan amalan kitar semula dalam diri masing-masing dan menuju ke arah kehidupan yang bersih, harmoni dan gembira.

pemuliharaan alam sekitar : bertindak sebelum terlambat 

Thursday, May 9, 2013

SOAL SELIDIK KITAR SEMULA DI SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Untuk pengetahuan semua, kami merupakan salah satu kumpulan daripada beberapa kumpulan dari kursus Pembangunan Diri II, Be Smart telah memilih Pusat Kitar Semula UKM untuk bekerjasama dalam projek kami. Kami merupakan pelajar Tahun 1 UKM. Projek yang dijalankan adalah mengenai tahap kesedaran penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi terhadap alam sekitar.

Pada 19 Mac 2013, ahli kumpulan Be Smart telah keluar ke Seksyen 3, Bandar Baru Bangi untuk menjalankan soal selidik sepertimana yang telah dirancang. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibahagikan mengikut lorong-lorong yang terdapat di Seksyen 3 tersebut untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan soal selidik tersebut. Untuk pengetahauan semua, soal selidik yang dijalankan adalah berbentuk soal selidik secara online.

Sepanjang kami melakukan soal selidik tersebut, kami dapati tidak ramai yang memberikan kerjasama kepada kami kerana pada masa itu, ramai penduduk yang masih bekerja dan ramai yang tidak berada di rumah pada waktu itu. Kami dapati masalah ini berpunca daripada diri kami sendiri kerana memilih waktu yang tidak sesuai. Walaubagaimanapun, kami mengambil inisiatif sendiri dengan menyiarkan soal selidik tersebut di laman-laman sosial agar orang ramai dapat mengisi soal selidik itu sekaligus kami dapat mencapai target kami. Berdasarkan soal selidik tersebut, kami mendapati kebanyakan penduduk di Seksyen 3 tersebut sedar tentang kepentingan alam sekitar dan mengamalkan amalan kitar semula di rumah masing-masing. Walaupun begitu, masih ada segelintir penduduk yang tidak sedar dan tidak mengamalkan amalan kitar semula di rumah. Antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah Pusat Kitar Semula yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka agak jauh sekaligus menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti kitar semula ini.

Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh beberapa orang penduduk yang sudi meluangkan masa untuk kami sewaktu soal selidik dijalankan. Kami berharap soal selidik seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan agar kesedaran penduduk terhadap alam sekitar dapat ditingkatkan lagi. Di bawah kami lampirkan gambar-gambar yang diambil sewaktu soal selidik tersebut dijalankan.











Di sini juga kami lampirkan bersama keputusan keseluruhan soal selidik yang telah kami lakukan.











Di sini kami ingin menyeru agar semua dapat mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan masing-masing agar kita dapat hidup dalam persekitaran yang bersih, harmoni dan gembira.

pemuliharaan alam sekitar : bertindak sebelum terlambat