Pusat kitar semula menyediakan perkhidmatan jual beli barangan kitar semula, pendidikan mengenai 3R dan kehidupan lestari. Waktu pembukaan kami ialah pada setiap SELASA HINGGA SABTU 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Like kami di facebook berikut: https://www.facebook.com/pusatkitarsemulaukm
Wednesday, April 3, 2013
Monday, March 25, 2013
Bersama Pelajar Permata Pintar
Pusat Kitar Semula UKM berlokasi di dataran panggung seni bukan saja memainkan peranan sebagai pusat jual beli barangan kitar semula, malahan ianya menjadi tempat pelajar berkumpul, bertemu dan mengembangkan idea mereka dengan lebih kreatif serta inovatif. Siapa sangka pengurusan sisa pepejal dapat menyumbang kepada pendidikan di UKM.
Baru-baru ini, tiga orang pelajar daripada sekolah permata pintar telah datang untuk menjadikan aktiviti pusat kitar semula sebagai pencetus projek mereka. Pelajar-pelajar ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan lima akan mereka tong kitar semula yang bersesuaian untuk penggunaan rumah dan pejabat. Selain itu, mereka juga akan menciptatempat penyimpanan bahan di pusat kitar semula. Ketiga-tiga pelajar ini mempunyai cita-cita sebagai arkitek dan langkah yang akan diambil adalah dengan mereka cipta sesuatu yang dapat digunakan oleh masyarakat khususnya dalam mengekalkan kelestarian alam.
Perbincangan pertama telah dilakukan diantara pihak pengurusan pusat kitar semula pada 25 mac 2013 dan projek ini akan berterusan sepanjang tahun 2013.
Jangan disangka bangunan kecil ini tidak bermakna, pelbagai idea, inovasi dan inspirasi telah tercetus di sini. Pusat kitar semula telah mendapat pelbagai sokongan daripada pensyarah dan pelajar daripada pelbagai bidang pendidikan.
Terima kasih diatas sokongan anda sebagai pelanggan pusat kitar semula dan teruskan kitar semula bagi menjamin kehidupan yang lestari
Friday, March 22, 2013
Selangkah Demi Selangkah
Kenapa perlu kitar semula?
Penting sangat ke kitar semula?
Kalau saya seorang saja yang kitar semula, kecil sangat impaknya.
Kalau kitar semula pun, saya bukan dapat apa-apa.
Pelbagai andaian, pelbagai alasan yang kitar keluarkan kerana kurangnya ilmu dan kerana kita hidup terlalu selesa.
Tetapi tahukah anda sekiranya kita tidak menguruskan sisa dengan betul, pelbagai masalah yang akan timbul. Kesan bukan hanya kepada kita, malahan kepada alam sekitar keseluruhannya. Sekarang kita hidup senang, buang sampah ikut suka, ikut hati...Sisa yang tidak diuruskan dengan betul boleh bertahan, tidak lupus hingga berjuta-juta tahun dan kesannya kepada anak-anak kita. Masa hadapan kita. Kita perlu sedar, penjagaan alam sekitar merupakan tanggungjawab setiap manusia di muka bumi ini.
Lihatah tanyangan ini, semoga ianya dapat membuka mata anda semua untuk bertindak dan berhenti beri alasan sahaja.
Jadilah seperti burung kelicap, walaupun seorang sahaja yang membuat perubahan tapi kesanya pasti akan dirasai.
Mulakan perubahan, walaupun selangkah demi selangkah. Seperti pepetah melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Tuesday, March 19, 2013
Lawatan oleh pelajar UPM
Pada 19 March 2013, 5 orang pelajar kursus sains teknologi alam sekitar UPM telah datang melawat ke pusat kitar semula UKM. Tujuan mereka adalah untuk mengenal pasti teknologi dan pengurusan yang dijalankan di sini.
Mereka menyatakan pusat ini merupakan satu-satunya pusat kitar semula yang menggunakan teknologi seperti solar dan bangunan hijau.
TERIMA KASIH kerana sudi mengambil PKSUKM sebagai kajian anda :)
Tuesday, March 12, 2013
HARGA TERBARU BAHAN KITAR SEMULA
Assalammualaikum dan salam sejahtera, berikut merupakan bahan-bahan kitar semula yang diterima di PKSUKM beserta harga:
Kertas hitam putih: RM0.28
Kertas campur berwarna: RM0.20
Jenis kertas ini termasuk majalah, risalah, buku dan kertas campur.
Suratkhabar: RM0.20
Kotak: RM0.20
Ini termasuk dengan kotak minuman atau tetrapak
Tin Makanan/Scraps: RM0.30
Tin Aluminum/Tin Minuman: RM2.00
Botol Plastik: RM0.45
Beg Plastik: RM0.10
Monitor: RM5.00
CPU: RM7.00
Printer Cartridge: RM5.00
CDs: RM1.00
Monday, March 11, 2013
Waktu Operasi PKSUKM
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Waktu pembukaan PKSUKM untuk tahun 2013 adalah seperti berikut:
Waktu: 9.00pagi hingga 1.00tenghari
Hari: Setiap hari Rabu
Lokasi: Dataran Panggung Seni, UKM
Kami juga menyediakan perkhidmatan kutipan kertas di pejabat dan kolej (di dalam UKM sahaja).
Perkhidmatan kutipan adalah seperti berikut:
Waktu kutipan bermula pada jam 2.30petang
Setiap hari Rabu
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di zwcg_ukm@yahooo.com atau 0133154317.
Sunday, March 10, 2013
Program Kesedaran 3R bersama Sekolah Rendah Islam As-sofa
Pada 11 Julai 2012, kumpulan pusat kitar
semula UKM yang terdiri daripada pelajar-pelajar sarjana telah mengadakan
program pendidikan 3R di Sekolah Rendah Islam As-Sofa (SRIAS) di Sungai Merab
Luar, Bangi Lama. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan
kepada pelajar sekolah rendah tentang kitar semula, kompos dan kehidupan
lestari.
Pelajar-pelajar dan kakitangan SRIAS bersama pelajar-pelajar sarjana UKM
Program yang dijalankan mengambil masa
tiga jam, bermula pada jam 2 hingga 5 petang. Aktiviti bagi program ini
merangkumi pengenalan terhadap kitar semula, kompos dan kehidupan lestari yang
diberikan oleh pelajar sarjana kumpulan sisa sifar UKM. Kemudian beberapa
permainan dijalankan yang menggunakan kefahaman pelajar. Antara permainan yang
diadakan adalah kotak hijau, dam lestari dan pilih bahan. Bahan-bahan permainan
yang dijalankan direka dan dibina sendiri oleh pelajar pascasiswazah
menggunakan bahan-bahan kitar semula.
Pengenalan didedahkan kepada para pelajar
Perincian aktiviti bagi program ini
meliputi taklimat yang dibentangkan oleh Nur Ajlaa Mahmood mengenai 3R dan
Najah Sofia Md Zaini yang menyentuh tentang kompos. Taklimat 3R lebih
menekankan kepada pengurangan bahan, guna semula dan kitar semula. Kepentingan
dan kesan daripada aktiviti 3R ini juga diberitahu. Cara-cara mengitar semula
difokuskan dengan menunjukkan cara pembuangan bahan kitar semula dan penggunaan
tong kitar semula dengan betul. Manakala penerangan tentang kompos adalah
merangkumi kepentingan kompos, bahan-bahan yang boleh dikompos dan cara untuk
membuat kompos (secara lisan).
Taklimat 3R dan kompos
Permainan pertama merupakan kotak hijau,
dimana pelajar akan memasukkan tangan kedalam kotak hijau dan dengan
menggunakan deria rasa dan pendengaran, mereka perlu meneka bahan di dalam
kotak. Kemudian pelajar akan menuliskan bahan yang dirasai mengikut kategori
pengurangan, guna semua dan kitar semula (reduce, reuse, recycle).
Permainan pertama, kotak hijau
Permainan kedua merupakan dam mesra alam
yang dimainkan mengikut kumpulan masing-masing. Pelajar akan membaling dadu dan
mengerakkan buah dadu mengikut kiraan balingan dadu. Bagi memastikan pelajar
dapat membuat balingan seterusnya mereka perlu menjawab soalan berdasarkan
kategori pengurangan, guna semual, kitar semula (3R), kompos dan konsep
kehidupan lestari. Bahan bagi permainan ini dibuat sepenuhnya daripada bahan
kitar semula dengan kos yang sangat minima.
Permainan kedua, dam mesra alam. Dadu yang diperbuat daripada botol kaca lama
Papan dam mesra alam yang diperbuat daripada kotak dan kertas terpakai
Setelah bermain didalam, pelajar akan dibawa
keluar untuk permainan seterusnya iaitu warna-warna kitar semula. Objektif
permainan ini adalah untuk mendidik pelajar mengenal bahan mengikut warna tong
kitar semula dengan betul. Pelajar akan meletakkan cat berwarna biru, coklat
atau oren dan mengutip bahan-bahan kitar semula yang telah disediakan.
Permainan ketiga, warna-warna kitar semula
Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk mengadakan aktiviti ini, anda boleh hubungi kami di zwcg_ukm@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)